.

.

.

.

,

,
,

Tuesday 3 July 2018

Program Promosi Keselamatan Makanan "Germ Buster Squad"


 Alhamdulillah beberapa orang adik kita mewakili sekolah ke satu program promosi keselamatan makanan "Germ Buster Squad" peringkat daerah Tawau yang bertempat di Dewan Alamanda Sk Kukusan Tawau. Terima kasih kepada Puan Mona Erawaty​ yang mengiring pelajar kita ke sana. Semoga adik-adik yang menyertai memperoleh manfaat dan informasi berguna.

Thursday 21 June 2018

MEMORI 2017 (PENDOKUMENTASIAN BERGAMBAR AKTIVITI DAN PROGRAM SEPANJANG 2017)

SECARA EKSKLUSIF, UNIT BULETIN MEMBAWAKAN KEPADA ANDA SEMUA, MEMORI 2017, PENDOKUMENTASIAN LENGKAP BERGAMBAR AKTIVITI DAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2017. BOLEH BACA SECARA ONLINE DENGAN KLIK DI PAUTAN INI:

Friday 16 March 2018

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL.



Selamat bercuti sekolah diucapkan kepada semua warga Sk Bahagia Tawau. Manfaatkan cuti anda dengan baik. Jangan lupa kembali ke sekolah pada 26 Mac 2018. 



Monday 19 February 2018

INFOGRAFIK SUPERILTIZAM

Infografik dan tayangan penuh SuperIltizam (Program Khas Tahun 6) 3.0 2018 Sk Bahagia Tawau. Kenali SuperIltizam, musuh-musuhnya, pengenalan logo. Klik dan zoom untuk baca info selanjutnya. Jum bersama-sama SuperIltizam menewaskan musuh-musuhnya! #SuperIltizam2018

(Klik pada gambar untuk melihat paparan lebih besar)






Monday 22 January 2018

PENGELOLAAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSDT 2018


ALHAMDULILLLAH, syabas kepada team pengelola Sk Bahagia Tawau yang diketuai PK KOKUM Encik Samsudin dan AJKnya Cikgu Nursalam, Cikgu Hj Majid, Cikgu Faredz, Ustaz Sahiran, Puan Suhaily, dan Puan Maznah. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berentap pada hari ini. Tahniah pada yang berjaya dan terus berusaha lagi bagi yang kurang berjaya. Penghargaan kepada SJKC Hing Hwa Tawau di atas kerjasama membenarkan penggunaan gelanggang. Berikut merupakan keputusan akhir:

Johan=ZON BALUNG B 
N.Johan=ZON BALUNG A 
KETIGA BERSAMA=ZON KALABAKAN A , SK RANGGU A

PERHIMPUNAN PAGI, PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PERASMIAN PROGRAM NILAM 2018

Tuesday 2 January 2018

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH/HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2018 diucapkan kepada semua warga Sk Bahagia Tawau. Anak-anak murid yang tiba ke sekolah di hari pertama ini disambut penuh gembira dan penuh rasa kasih sayang oleh Tuan GB Encik Ismail ditemani para guru-guru di pintu masuk sekolah. Tahniah pada semua yang hadir, semoga adik-adik semua dan para guru dipermudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran bagi sesi 2018. Amiin.

Untuk melihat gambar penuh yang lain sila klik di sini.






Perhimpunan pagi berjalan lancar sebagai tanda pembuka tirai 2018 yang dirasmikan oleh Tuan GB Encik Ismail Banchir. 

Untuk melihat suasana perhimpunan pagi hari pertama persekolahan sila klik di sini.









PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2018: MERIAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...