.

.

.

.

,

,
,

Saturday 29 July 2017

ALHAMDULILLAH JOHAN PIDATO SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2017

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Tahniah kepada adik Afnan dinobatkan Juara pidato sekolah rendah peringkat negeri Sabah 2017. Sekalung tahniah buat adik Afnan dan juga jurulatih merangkap guru pengiring yang komited penuh dedikasi mengurus dan melatih peserta kita iaitu Cikgu Jamilah Ahmad. Segala pengorbanan dan dedikasi melatih peserta kita akhirnya berbalas. Alhamdulillah... Terbaik Cikgu Jamilah dan mantap Adik Afnan. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan amin ya rabbal alamin. #BahagiaRoars#NgaumanBahagia!!




Wednesday 26 July 2017

JUM SAKSIKAN PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA SK TANJUNG BATU KERAMAT DAN SK BAHAGIA TAWAU.

Jum Saksikan persembahan bicara berirama kedua-dua kontinjen SK Bahagia Tawau dan Sk Tanjung Batu Keramat Tawau. Sememangnya persembahan adik-adik kita begitu mantap dan terbaik. Tahniah adik-adik anda semua adalah yang terbaik. Syabas! Turutan persembahan 1. Sk Tanjung Batu Keramat Tawau (Johan) 2. Sk Bahagia Tawau(naib johan)






Posted by Skbahagia Tawau on Wednesday, 26 July 2017


Posted by Skbahagia Tawau on Wednesday, 26 July 2017

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT DAERAH TAWAU 2017

Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada AJK pengelola iaitu warga SK Bahagia Tawau yang bertungkus lumus memastikan pertandingan bicara berirama peringkat daerah Tawau dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun mungkin sederhana, namun sederhanya berkelas tinggi! wah gitu! Apapun Tahniah kepada Sk Tanjung Batu Keramat yang merangkul Johan dan Konduktor terbaik. Tidak kurang juga saingan mantap terbaik kontinjen tuan rumah Sk bahagia Tawau yang memberikan saingan sengit lagi padu mencuba merampas kejohanan. Apapun kalah menang adat pertandingan, apa yang penting? Semangat dan kerjaasaaamaaa! Terima kasih pada Encik Basri Nosu Penyelia KoKurikulum PPD Tawau yang turut bersama menyaksikan pertandingan tadi. Begitu juga dua tuan guru besar SK Bahagia Tawau dan Sk Tanjung Batu Keramat Tawau iatu Encik Ismail Banchir dan Encik Rahmat Ariffin yang turut memberikan sokongan kepada kontinjen masing-masing. Tahniah kepada semua yang terlibat. Anda semua yang terbaik!

GB Encik Ismail Banchir merasmikan pertandingan selaku tuan rumah dan pengelola

Barisan para hakim.



Turut dihadiri oleh Encik Basri Pegawai Kokurikulum PPD Tawau.

Tahniah kepada SK Tanjung Batu Keramat Tawau Johan dan Konduktor terbaik.

Syabas kepada SK Bahagia Tawau Naib Johan pertandingan. Terbaik. 



Friday 7 July 2017

SAMBUTAN RAYA BAHAGIA 2017 MERIAH NAMUN PENUH KESYUKURAN

Alhamdulillah, sambutan penuh bersederhana tapi tetap ceria dan kesyukuran . Pengisian terbaik seperti tazkirah istimewa raya, jamuan makan, sesi bergambar dan tontonan khas istimewa raya. 
Terima kasih tidak terhingga kepada para ibubapa yang membekalkan kepada anak-anak juadah makanan dan minuman untuk dibawa ke sambutan hari raya Aidilfitri peringkat SK Bahagia Tawau 2017. Semoga Allah memberkatinya amiin.


Kandid ceria adik-adik kita beraya.
Sila klik di sini untuk melihat gambar adik adik Bahagia yang lain.
(Pastikan anda telah masuk ke akaun FB anda terlebih dahulu)




Kandid gambar ceria guru dan murid.
Sila klik di sini untuk melihat gambar adik adik Bahagia yang lain.
(Pastikan anda telah masuk ke akaun FB anda terlebih dahulu)




Kandid pose, selfie dan gambar guru-guru.
Kandid gambar ceria guru dan murid.
Sila klik di sini untuk melihat gambar adik adik Bahagia yang lain.
(Pastikan anda telah masuk ke akaun FB anda terlebih dahulu)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...