.

.

.

.

,

,
,

Sunday 25 June 2017

VIDEO KAD RAYA BAHAGIA 2017

Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua komuniti Bahagia! Salam ikhlas penuh lebaran Aidilfitri dari kami Unit Buletin Sk Bahagia Tawau. TERIMALAH Video 'Kad Raya' Bahagia 2017 istimewa untuk anda semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Walau dimana anda berada pastikan Bahagia selalu hendaknya....amiin ya rabbal alamin...P/s Jangan Lupa tonton sampai habis dalam mode fullscreen dan tekan HD untuk kualiti lebih tinggi...selamat menonton...

.


Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua komuniti Bahagia! Salam ikhlas penuh lebaran Aidilfitri dari kami Unit Buletin Sk Bahagia Tawau. TERIMALAH Video 'Kad Raya' Bahagia 2017 istimewa untuk anda semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Walau dimana anda berada pastikan Bahagia selalu hendaknya....amiin ya rabbal alamin...P/s Jangan Lupa tonton sampai habis dalam mode fullscreen dan tekan HD untuk kualiti lebih tinggi...selamat menonton....
Posted by Skbahagia Tawau on Saturday, 24 June 2017

Friday 23 June 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017 MAAF ZAHIR DAN BATIN

KAMI, seluruh warga Sk Bahagia Tawau
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin




Thursday 22 June 2017

PENUTUPAN IHYA RAMADHAN 2017

ALHAMDULILLAH, tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam Sk Bahagia Tawau dan team GPInya yang telah berjaya melaksanakan program ihya Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan ini. Majlis penutupan hari ini termasuklah Solat Dhuha, Solat Sunat Hajat Bacaan Yassin dan Penutupan Ihya Ramadhan. Syabas juga kepada semua AJK yang bertungkus lumus memastikan setiap program dari mula hinggalaH ke penutup berjalan dengan lancar. Semoga usaha kita memperoleh keberkatan dan manfaat daripada Allah SWT. Amiin ya rabbal alamin

Untuk melihat Gambar dokumentasi yang penuh, sila klik di sini.
Pastikan anda telah masuk Akaun FB sendiri terlebih dahulu.

Solat sunat Dhuha dan Hajat

Bacaan Yassin

Perasmian Penutupan Ihya Ramadhan 2017

AJK yang bertugas

Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan bantuan kepada anak yatim :
Sila klik disini untuk melihat gambar penuh penerima.




Thursday 15 June 2017

Aktiviti Ihya Ramadhan 2017

Sepanjang sesi persekolahan di bulan Ramadhan ini, Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan beberapa aktiviti bagi mengisi masa waktu rehat murid-murid yang berpuasa. Antaranya Bacaan Al-Quran, tontonan video Ramadhan, Solaat Dhuha, Solat Sunat, Pertandingan mewarna, teka silang kata, kuiz dan banyak lagi. Semoga aktiviti ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Amin ya Rabbal Alamin. 






Monday 12 June 2017

RAMADHAN QUIZ

Pada minggu ini bermula Isnin hingga Rabu, bagi mengisi masa rehat murid-murid yang berpuasa, HIP berkolaborasi dengan Panitia Pendidikan Islam mengadakan 'Ramadhan Quiz' ataupun Kuiz Ramadhan. Seronok sekali adik adik kita mencuba menjawab soalan berkaitan Ramadhan dan pengetahuan Islam dalam Bahasa Inggeris. Tahniah pada adik- adik yang berjaya dan kurang berjaya cuba lagi, sekurang- kurangnya memperoleh dan mempelajari istilah tertentu Ramadhan dalam Bahasa Inggeris...nantikan pula esok ya, in sya Allah.


Antara pemenang-pemenang Ramadhan Quiz :
Untuk melihat gambar penuh selama tiga hari pelaksanaan sila klik di sini.


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...