.

.

.

.

,

,
,

Saturday 29 April 2017

KEM KECEMERLANGAN UPSR KOLABORASI IPG TAWAU 2017

Kem kecemerlangan hasil kerjasama dengan IPG Kampus Tawau 2017. Semoga para peserta memperoleh manfaat daripada program ini.




Monday 24 April 2017

JOHAN PIDATO PERINGKAT DAERAH TAWAU

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....Syabas Dan Tahniah, kepada adik Afnan yang merangkul Juara Pertandingan Pidato peringkat daerah Tawau yang berlangsung tadi. Kecil kecil cili padi perghhh pedas terasa..begitulah adik Afnan. Tahniah kerana melakar satu lagi detik manis dan kejayaan untuk diri adik Afnan dan seluruh warga Sk Bahagia Tawau. Tidak dilupakan jurulatih utama pemangkin kejayaan adik kita yang komited, dedikasi dan gigih melatih adik Afnan, Puan Jamilah Ahmad dan pengiring dan pengurus Puan Hajah Ramawati. Kemenangan ini untuk kita semua, warga Sk Bahagia Tawau. Syabas dan Tahniah...Alhamdulillah.



Saturday 22 April 2017

TEMPAT KEDUA DAN KETIGA DALAM TATACARA PERJUMPAAN DAN GAJET PPIM 2017

Tahniah diucapkan kepada kontinjen Puteri Islam Sk Bahagia Tawau yang merangkul tempat ke 2 dalam pertandingan Tatacara Perjumpaan dan tempat ke 3 dalam Pertandingan Gajet yang dilaksanakan di MRSM Tawau baru baru ini. Terima kasih juga kepada ketua penasihat PPIM Sk Bahagia Tawau, Ustazah Sabaria dan teamnya yang bertungkus lumus melatih dan membimbing peserta kita. Girl power!!!!





Thursday 13 April 2017

BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR SAINS 2017

Hari ini dilaksanakan bengkel menjawab soalan UPSR Sains yang dikendalikan oleh Panitia Sains Sk Bahagia Tawau. Terima kasih kepada penceramah jemputan Encik Ismail Biko guru sains merangkap penolong kanan Sk Taman Tawau yang sudii berkongsi ilmu dan tips menjawab soalan kepada hero hero SuperIltizam 2017 kita. Mudahan hero hero SuperIltizam memperoleh pelbagai manfaat dan semoga berjaya dalam UPSR akan datang amin ya rabbal alamin..







Wednesday 12 April 2017

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 anjuran Unit PA21 Sk Bahagia Tawau yang disampaikan oleh Encik Mohd, Encik Adnan dan Puan Lina selaku sic+ cemerlang daerah Tawau. Penghargaan kepada Puan Jamilah Ahmad dan AJK yang bertungkus lumus memastikan kursus ini berjalan lancar. Semoga memberikan impak dan kebaikan kepada guru-guru semua

Sila klik di sini untuk gambar dokumentasi yang penuh.
(Pastikan anda telah masuk akaun FB sendiri terlebih dahulu)







Monday 10 April 2017

TEMPAT KETIGA NASYID PERINGKAT TENGGARA 2017

Diucapkan setinggi tinggi tahniah kepada kumpulan nasyid Shoutus Sa'adah Sk Bahagia Tawau yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nasyid peringkat tenggara di MTQ 2017 yang diadakan di Smk Jambatan Putih tadi. Tahniah kepada team jurulatih Encik Othman, Ustazah Syamsy, Ustazah Hawa dan Panitia Pendidikan Islam yang komited dan dedikasi melatih dan membimbing kumpulan nasyid kita. Terbaik!





NAIB JOHAN BOLA JARING PERINGKAT TENGGARA 2017

Alhamdulillah tahniah kepada team bola jaring Sk Bahagia Tawau yang memenangi Naib Johan dalam pertandingan bola jaring minggu lalu. Tahniah adik adik tidak sia sia latihan dan dedikasi adik adik, alhamdulillah. Penghargaan kepada jurulatih Cik Arniezan dan Puan Darliana yang komited melatih team bola jaring kita. Tahniah juga kepada adik Izzah yang dinobatkan pemain terbaik dan akan mewakili team bola jaring di Semporna akan datang.



PERASMIAN PENUTUPAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN HADIAH.

Sebentar tadi turut berlangsung gimik perasmian dan penutupan kem membaca satu Malaysia yang disempurnakan oleh Encik Ismail guru besar Sk Bahagia Tawau. Jum saksikan gimik perasmian unik eksklusif di Sk Bahagia Tawau. Sangat menarik dan lain dari yang lain hehe adik adik kita turut suka!

Sebentar tadi turut berlangsung gimik perasmian dan penutupan kem membaca satu Malaysia yang disempurnakan oleh Encik Ismail guru besar Sk Bahagia Tawau. Jum saksikan gimik perasmian unik eksklusif di Sk Bahagia Tawau. Sangat menarik dan lain dari yang lain hehe adik adik kita turut suka!

Posted by Skbahagia Tawau on Sunday, 9 April 2017



 Gambar kenangan memori terindah perasmian penutupan kem membaca satu Malaysia tadi

Suasana membaca selama sepuluh minit sempena perasmian penutupan Kem Membaca 1 Malaysia tadi semasa perhimpunan Isnin Sk Bahagia Tawau. Jum warga Sk Bahagia Tawau kita membaca...




Pertandingan yang dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Malaysia dan Panitia Bahasa Inggeris Sk Bahagia Tawau seperti pertandingan bercerita, cursive writing, word puzzle dan sebagainya. Tahniah kepada semua pemenang yang kurang berjaya cuba lagi di lain masa. 
Untuk gambar para pemenang-pemenang yang lengkap sila klik disini.
(Pastikan anda telah masuk akaun FB sendiri terlebih dahulu)



Saturday 8 April 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG PRA SEKOLAH KOLABORASI PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN PENJARA TAWAU

Program gotong-royong prasekolah SK Bahagia bersama Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tawau, Penjara Tawau yang dilaksanakan baru baru ini. Tahniah kepada warga pra sekolah Sk Bahagia Tawau dan juga semua para ibubapa yang datang menyokong menjayakan program ini. Terima kasih pada semua pihak dan semoga memperoleh keberkatan dan keredhaan dari-Nya amin ya rabbal alamin.



CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6 2017

Pada hari Sabtu yang lalu, turut dilaksanakan ceramah motivasi tahun 6 2017 yang disampaikan oleh Ustz mohd. Mukmin Mudir daripada Al Fateh Taman Ria 1- dengan tajuk ceramahnya Ketaqwaan Membentuk Sahsiah Unggul... moga ceramah ini dapat memotivasikan murid utk lebih cemerlang seterusnya memperoleh kecemerlangan dalam dunia dan akhirat juga dalam UPSR nanti. Insya Allah amin




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...