.

.

.

.

,

,
,

Saturday 28 January 2017

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017

Diucapkan selamat Tahun Baharu Cina 2017 kepada komuniti Sk Bahagia yang menyambutnya. Sambutlah dengan rasa gembira penuh semangat muhibbah bersama keluarga tersayang. Selamat bercuti juga kepada semua dan kepada adik-adik jangan lupa kerja rumahnya ya. Gong Xi Fa Chai!!!


Wednesday 25 January 2017

PERJUMPAAN GERKO SK BAHAGIA TAWAU

Alhamdulillah tahniah juga kepada semua murid Sk Bahagia Tawau yang hadir mengikuti aktiviti Ko Kurikulum pada minggu ini. Syabas adik adik terbaik! Sentiasalah beri komitmen dan dedikasi pasti banyak pengetahuan baharu yang diperolehi malah markah GERKO juga pasti cemerlang Amiin. Penghargaan dan tahniah juga pada semua barisan guru penasihat yang memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan tugas pada kali ini. Terbaik!











Monday 23 January 2017

MAJLIS PELANCARAN NILAM, PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN PENJENAMAAN PSS ALFARABI 2017

Pada minggu ini, telah dilaksanakan pelancaran NILAM 2017, pelantikan pengawas pusat sumber dan juga penjenamaan semula Pusat Sumber Al Farabi Sk Bahagia Tawau. Syabas dan tahniah kepada Puan Samsidar Yasse penyelaras PSS yang terbaharu tahun ini. Syabas juga kepada barisan pengawas pusat sumber tahun ini semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi. InSyaAllah amiin. 






Thursday 19 January 2017

MAJLIS SUA TEMU WARIS DAN PENUTUPAN TRANSISI TAHUN 1 2017

Alhamdulillah, dengan izin-Nya selesai sudah program transisi tahun 1 2017 yang dilaksanakan selama 3 minggu. Penutupan dirasmikan oleh Puan Maimunah Ali Osman ketua unit kemanusiaan PPD Tawau. Penghargaan tidak terhingga kepada Puan Maimunah yang sudi datang merasmikan majlis tersebut. Penghargaan juga kepada para waris, penjaga dan ibubapa murid tahun 1 2017 yang datang memberikan sokongan. Sememangnya majlis dilaksanakan begitu mantap dengan berlatarkan 3 bahasa utama Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang disampaikan oleh 3 gandingan mantap pengerusi majlis iaitu Puan Samsidar (BM), Puan Jamilah (BI) dan Ustazah Hawa (B.Arab). Majlis turut diserikan dengan persembahan Action Song, tarian twist dan penyampaian hadiah. Syabas kepada semua warga SK Bahagia Tawau khususnya AJK program tahun ini yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Alhamdulillah.

Untuk melihat gambar penuh bahagian 1 sila klik di sini 
dan bahagian 2 di sini
(Pastikan anda sudah log in ke akaun FB sendiri terlebih dahulu)







Monday 16 January 2017

PELANTIKAN PENGAWAS SK BAHAGIA TAWAU 2017

Selesai sudah watikah pelantikan ketua pengawas, pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Diucapkan selamat menjalankan tugas kepada ketua pengawas Sk Bahagia Tawau 2017 adik Syamil, dua timbalannya adik syahirah dan adik iman. Semoga barisan pengawas dan ketua serta penolong kelas dapat melaksakan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi. In sya Allah amiiinnn



Tuesday 3 January 2017

MINGGU TRANSISI 2017 SUPER MERIAH!

Diucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid SK Bahagia Tawau. Semoga kembali dengan semangat baharu dan motivasi tinggi untuk melakukan yang terbaik. Amin


Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Segala puji syukur ke hadrat Allah mengizinkan program hari ini berjalan dengan lancar. Amiin..... Ibarat lagu stacy dan Adam suatu ketika dahulu, bergabung..malaatopppss! begitulah meriahnya sambutan minggu transisi tahun 1 2017 Sk Bahagia Tawau! Didatangkan khas gabungan Maskot Nuri Bank Rakyat, Donald Duck , Batman dan Spidermaaan! yearghh begitu semangat menyambut ketibaan adik-adik tahun 1 2017 dan juga adik adik yang kembali ke sekolah. Suasana wajah ceria dan teruja adik-adik cilik kita memulakan persekolahan sesi tahun 1 2017. Penghargaan kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa menemani anak-anak dan juga syabas kepada warga Sk Bahagia Tawau yang bertungkus lumus memastikan program hari pertama transisi tahun 1 ini berjalan dengan lancar!

Untuk melihat gambar-gambar dokumentasi penuh yang lain sila klik di sini
(Pastikan anda sudah masuk ke akaun FB sendiri.)






Sunday 1 January 2017

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...