.

.

.

.

,

,
,

Friday 28 October 2016

HAPPY DEEPAVALI


Warga Sk Bahagia Tawau mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua rakan-rakan dan masyarakat India yang menyambutnya. Salam muhibbah dan semoga meraikannya dalam penuh kebahagiaan, kegembiraan dan semangat muhibbah. Selamat bercuti juga dan jangan lupa ulang kaji untuk peperiksaan akan datang kepada murid-murid yang dikasihi. Semoga Allah mempermudahkan semuanya amiin.

Wednesday 26 October 2016

LAWATAN KE MUZIUM DAN KILANG KOKO TECK GUAN TAWAU

Salah satu aktiviti pasca Upsr yang menarik, iaitu lawatan ke kilang koko Teck Guan HoKo Tawau. Sangat menarik dan menyeronokkan serta penuh informatif. Tawau sememangnya antara pengeluar koko yang berkualiti tinggi dunia dan lawatan ini sememnagnya sangat bagus untuk mendedahkan murid tahun 6 untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses dan sejarah koko. Orang Tawau wajib sekurang-kurangnya singgah dan melawat kilang dan muzium koko ini.











LAWATAN ILMIAH KE HOSPITAL BESAR TAWAU

Antara aktiviti pasca UPSR iaitu lawatan ilmiah ke Hospital Besar Tawau. Penghargaan kepada pihak hospital Tawau yang sudi menerima rombongan ilmiah untuk meninjau dan mengetahui dengan lebih dekat lagi Tempat2 tertentu di Hospital Tawau disamping mengetahui dengan lebih lanjut fungsi alat alat perubatan tertentu. Siapa tahu ada diantara adik kita bakal menjadi doktor? In sya Allah dengan lawatan ini dapat menyuntik minat adik adik kita untuk menceburi bidang kedoktoran suatu hari nanti.














Tuesday 25 October 2016

PROGRAM IGCSE IS MY DREAM KOLABORASI MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU

Pada minggu ini satu sesi bimbingan motivasi iaitu PROGRAM 'IGCSE IS MY DREAM' yang dianjurkan oleh MRSM TUN Mustapha Tawau. Program ini melibatkan pelajar tahun enam Sk Bahagia dan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar mrsm. Program lebih kepada bimbingan motivasi. Dirasmikan oleh GB Encik Ismail Banchir. Penghargaan kepada rombongan mrsm yang sudi berkolaborasi dengan sekolah sebagai salah satu aktiviti pasca upsr.









Saturday 15 October 2016

KEMUNCAK HARI SUKAN TAHUNAN SK BAHAGIA 2016 KALI KE-13



Penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Datuk Azizul Tandek beserta rombongan yang sudi datang merasmikan acara kejohanan sukan Tahunan SK Bahagia Tawau 2016. Walaupun hujan renyai tidak mematahkan sedikit pun semangat kental dan waja setiap murid2 untuk meneruskan acara sukan di hari kemuncak. Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir dan memberikan sokongan yang tidak terhingga...Syabas dan tahniah kepada barisan pengelola sukan tahunan tahun ini yang diketuai oleh Encik Samsuddin PK KOKUM dan penyelaras sukan tahunan Encik Nur Salam Salim. Syabas dan tahniah juga kepada semua guru-guru penasihat yang bertungkus-lumus mengurus dan melatih murid-murid dalam acara perbarisan mahupun sukan. Semoga usaha kita memperoleh keberkatan daripada Allah. Tahniah kepada rumah Merah yang mengungguli juara keseluruhan, diikuti rapat oleh rumah Kuning, dan ketiga rumah Hijau dan keempat rumah Biru. Teruskan usaha dan jangan pernah berputus asa. 

Jumpa lagi di tahun hadapan in sya Allah. 

Untuk melihat gambar-gambar dokumentasi lain yang penuh, sila klik di sini
(Sila pastikan anda sudah log in ke akaun FB anda sendiri)












Untuk gambar penuh para pemenang sila klik di sini:

Pemenang Olahragawan dan Olahragawati :










Thursday 13 October 2016

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2016 (ACARA 200 M DAN 4 X100M) ACARA PADANG

Temasya sukan tahunan SK Bahagia 2016 kini di hari pertama penentuan dengan acara balapan 200 m dan 4 x 100 m akhir bagi kategori lelaki dan perempuan A dan B. Semangat kesukanan yang tinggi dipamerkan oleh semua atlet dalam meraih tempat 3 terbaik. TAhniah kepada semua yang berjaya, yang kurang berjaya jadikan ia suatu pengalaman bermakna dan cuba lagi di masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua AJK dan guru-guru penasihat rumah sukan yang bertungkus lumus mengurus atlet dan murid-murid dan memastikan perjalanan sukan berjalan dengan lancar.

Untuk melihat gambar-gambar penuh sila klik di sini
(pastikan anda sudah log in ke akaun FB anda sendiri dahulu)











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...