.

.

.

.

,

,
,

Friday 30 September 2016

TAHNIAH DI ATAS PENYERTAAN TOKOH NILAM 2016

Tahniah kepada wakil tokoh nilam Sk Bahagia, Tawau di atas penyertaan dalam karnival nilam peringkat zon yang berlangsung di Sk Holy Trinity. In sya Allah cuba lagi tahun depan untuk merebut tempat. Apapun semangat dan penyertaan itu yang penting....Syabas kepada para guru-guru yang mengiring dan mengurus peserta kita di sana.




LAWATAN ILMIAH PASCA UPSR SK BAHAGIA TAWAU KE MELAKA, PUTRAJAYA DAN KUALA LUMPUR, 2016

Ikuti perkembangan lawatan ilmiah kumpulan adik adik pasca UPSR 2016 ke Melaka dan Kuala Lumpur pada tahun ini. Semoga memperolehi manfaat daripada lawatan tersebut. Semoga dipermudahkan sepanjang lawatan amiin ya rabbal alamin.

Ikuti perkembangan terkini sepanjang lawatan di grup FB kami. Klik di sini untuk mengetahui perkembangan lawatan rombongan.






Thursday 29 September 2016

PASCA UPSR : AKTIVITI KITAR SEMULA

Aktiviti pasca UPSR hari ini, ialah aktiviti kitar semula bahan dengan menggunakan botol-botol plastik. Tujuan utama untuk mencungkil pemikiran kritis dan kreatif adik-adik kita dalam memikirkan cara dan kaedah yang bernas dalam menghasilkan inovasi lain daripada yang lain dengan hanya menggunakan botol plastik. Aktiviti yang sememangnya menarik dan sudah tentu dapat menerapkan gaya pemikiran luar kotak seterusnya melahirkan generasi kelas pertama selaras dengan wawasan 2020.



Tuesday 27 September 2016

LATIHAN SUKAN BERMULA!

Sesi latihan sukan tahunan dimulakan hari ini. Ruman sukan manakah yang akan menjuarai sukan tahunan 2016? Sama-sama kita nantikan..



Monday 26 September 2016

PASCA UPSR : CERAMAH MOTIVASI : KINI AKU SEORANG REMAJA

Aktiviti dan program pasca UPSR, dikelolakan oleh unit bimbingan dan kaunseling telah berlangsung tadi,ceramah motivasi Kini Aku Seorang Remaja yang disampaikan oleh Encik Jeffry Apdal iaitu pensyarah Kaunseling daripada IPGM Kampus Tawau. Objektif utama adalah untuk memberikan pendedahan dan panduan positif kepada adik adik tahun 6 yang akan menempuhi alam remaja kelak. Semoga memperolehi manfaat dan juga tips berguna untuk menjadi remaja yang soleh dan solehah amin ya rabbal alamin. Penghargaan kepada GB yang sudi merasmikan penutupan dan Encik Jeffry yang sudi datang menyampaikan ceramah.






Saturday 24 September 2016

PASCA UPSR : MINI CERAMAH DAN BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

Antara aktiviti pasca UPSR khas untuk murid-murid tahun 6 iaitu mini kursus dan ceramah pengurusan Jenazah dengan penceramah jemputan iaitu Ustaz Zakaria b Abd Rashid daripada Sk Taman Tawau. Telah diadakan di dewan sekolah pada hari Jumaat kelmarin. Syabas kepada barisan guru yang mengelola, suatu inisiatif efektif dalam memberikan pendedahan berilmu kepada anak anak murid juga kepada guru-guru.







Thursday 22 September 2016

SUASANA PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2016

Gambar-gambar sana sini AJK mengurus persediaan penutupan majlis sambutan bulan kebangsaan 2016 anjuran Panitia Sains kerjasama Panitia Pendidikan Islam Sk Bahagia, Tawau.

Klik di sini untuk melihat suasana kandid persiapan 





Antara pemenang-pemenang aktiviti sambutan bulan kebangsaan :
Untuk melihat para pemenang yang lain sila klik di 
sini atau di sini






PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2016.

Terimalah video gimik penutupan sambutan bulan kebangsaan 2016, Sk Bahagia Tawau. Salam menonton dan sila tekan HD untuk paparan yang lebih berkualiti. P/s sila tunggu dalam 30 saat untuk video muncul dan pastikan anda sudah masuk ke akaun FB anda untuk menonton.






Posted by Shamsudin Tami on Wednesday, 21 September 2016

Wednesday 21 September 2016

PENUTUPAN KOKURIKULUM BAGI SESI TAHUN 2016

Penutupan penuh aktiviti kokurikulum yang dirasmikan oleh penolong kanan Ko kurikulum Encik Samsuddin Hj Ambo Rasida dihadiri oleh barisan ketua penasihat setiap badan beruniform dan guru-guru. Majlis diakhiri dengan jamuan makan murid-murid. Terima kasih kepada semua para ibubapa yang sudi menyediakan juadah makanan dan minuman untuk jamuan tersebut. Semoga Allah memberikan keberkatan di atas jasa baik ibu bapa sekalian. SYABAS dan tahniah kepada semua guru- guru yang telah berjaya melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2016 ini dan tahniah juga kepada semua murid- murid yang memberikan komitmen untuk hadir di setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Syabas dan tahniah sekali lagi


Untuk gambar-gambar penuh yang lain boleh klik di sini:






Monday 19 September 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum, anak-anak didik SK Bahagia, Tawau selamat kembali ke sekolah esok. Kembali dengan semangat baharu, niat yang betul dan semoga dipermudahkan segalanya, Amin.



Thursday 15 September 2016

SELAMAT HARI MALAYSIA 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera, warga Sk Bahagia, Tawau mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2016 yang akan disambut esok. Semoga negara kita sentiasa aman, harmoni, sejahtera dan di bawah perlindungan Allah SWT amiin ya rabbal alamin.


Friday 2 September 2016

SALAM MAJU JAYA KEPADA CALON-CALON SUPER ILTIZAM UPSR 2016 SK BAHAGIA, TAWAU

Assalamulaikum, dan salam sejahtera. Warga Sk Bahagia Tawau ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR 2016 kepada semua calon-calon Super IltizAm, Sk Bahagia Tawau pada 5 hingga 8 September 2016 ini. Semoga Allah memberikan ketenangan dan permudahkan dalam menjawab semua soalan dan memberikan kecemerlangan yang diimpikan. Amin ya Rabbal alamin. Walau apa jua keputusan teruskan mara ke hadapan dan semoga menjadi insan yang berguna, anak yang soleh solehah dan diberkati dan di sayangi Allah. Salam maju jaya diucapkan kepada calon-calon UPSR Super Iltizam SK Bahagia Tawau dan semua calon-calon di seluruh negara. Semoga berjaya aminn ya rabbal alamin...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...