.

.

.

.

,

,
,

Thursday 31 March 2016

LAWATAN DINAS PENDIDIKAN TARAKAN KE SK BAHAGIA, TAWAU.

Sk Bahagia, Tawau mengalu alukan kedatangan rombongan delegasi lawatan Dinas Pendidikan Tarakan, Indonesia ke SK Bahagia, Tawau baru baru ini. Semoga dengan rombongan lawatan ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara dua negara dan bersama-sama bertukar-tukar pendapat khususnya mengenai pendidikan lebih-lebih lagi di zaman penuh mencabar ini. Rombongan disambut meriah oleh warga SK Bahagia, Tawau juga diiringi pegawai PPD 
Tawau


Ketibaan rombongan DINAS Tarakan, Indonesia ke SK Bahagia, Tawau.



Sambutan penuh meriah oleh warga SK Bahagia, Tawau


Tarian alu aluan :

 

   














Saturday 26 March 2016

CERAMAH MOTIVASI DAN PENGURUSAN STRESS BAGI GURU-GURU DAN STAF SK BAHAGIA,TAWAU

Alhamdulillah, Kelab Kebajikan SK Bahagia, Tawau telah melaksanakan dan menganjurkan satu program dan ceramah motivasi bagi pengurusan stress khas untuk guru-guru dan staf SK Bahagia, Tawau. Ceramah motivasi ini merupakan satu aktiviti kelab kebajikan dan juga satu usaha untuk menyuntik semula motivasi di kalangan guru guru yang setiap hari berhempas pulas dan berhadapan dengan pelbagai cabaran, di samping pengurusan stress yang betul dan efektif. Insya Allah dengan inisiatif program motivasi ini mampu memberikan semangat baharu untuk terus berjuang di arena pendidikan demi melahirkan generasi gemilang. Penceramah jemputan ialah Pn Hjh Sarimah Julpin kaunselor dan pensyarah daripada IPGM Kampus Tawau dan dirasmikan oleh Guru Besar Encik Ismail Banchir. Tahniah kepada kelab kebajikan dan semua yang terlibat.

Antara persembahan dan aktiviti sepanjang program motivasi untuk guru.

Kumpulan terbaik kumpulan 6..tahniah..

Penyerahan penghargaan kepada penceramah jemputan iaitu Pn. Hajah Sarimah Julpin.

Semua guru-guru dan staf tekun dan bekerjasama antara satu sama lain.

Antara aktiviti program ceramah motivasi iaitu roller coaster! he he he

Kreatif! 

Penyerahan sedekah hasil kutipan dalam salah satu aktiviti yang dilaksanakan.

Penceramah Pn Hjh Sarimah Julpin memberikan ceramah yang mantap dan menggalakkan kasih sayang..


GB Encik Ismail Banchir memberikan ucapan perasmian dan penutupan.

Seronok melaksanakan aktiviti.

MC dan pengerusi majlis Puan Samsidar Yasse.

Bekerjasama...

Monday 21 March 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN LANGKAH MENGHADAPI MUSIM PANAS.

Assalamualaikum, selamat kembali ke sekolah kepada warga SK Bahagia, Tawau. Semoga kembali dengan harapan dan semangat baharu. Mudahan Allah permudahkan segalanya. Dalam menghadapi musim dan cuaca panas ketika ini, disarankan murid-murid dan orang ramai mengurangkan aktiviti luar sehinggalah cuaca kembali normal. Boleh ikut langkah mudah ini untuk menghadapi musim dan cuaca panas bagi mengelakkan dehidrasi. Semoga Allah lindungi kita semua. Amiin.


Friday 11 March 2016

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA.

Diucapkan selamat bercuti pertengahan penggal pertama. Semoga masa cuti ini dapat digunakan sebaik mungkin.

Wednesday 9 March 2016

PENTAKSIRAN BULAN MAC (9 HINGGA 11 MAC 2016)

PENTAKSIRAN MAC 2016 telah dan sedang berlangsung selama 3 hari bermula hari ini.  Didoakan semoga semua murid-murid Sk Bahagia, Tawau memperolehi kejayaan amin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...