.

.

.

.

,

,
,

Saturday 30 January 2016

PENYERAHAN TARGET DAN SUA TEMU WARIS TAHUN 6 2016

Satu majlis penyerahan target dan sua temu waris tahun 6 2016 telah dilaksanakan di bilik gerakan. Para ibu bapa dan waris yang hadir telah mendengar penjelasan dan taklimat terperinci mengenai aktiviti dan program tahun 6, 2016 yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Ini termasuklah perbelanjaan, target pencapaian, aktiviti dan sebagainya. Majlis diakhiri dengan penyerahan target kepada waris dan jamuan makan sebelum bersurai.

Untuk melihat gambar penuh yang lain, sila klik di sini.


Untuk melihat gambar-gambar suasana majlis klik di sini.

Antara waris dan ibu bapa yang hadir,

 Antara guru guru tahun 6 yang hadir.



TAYANGAN PERDANA TRAILER "SUPER ILTIZAM"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada majlis sua temu waris dan penyerahan target tahun 6 2016 tadi, satu slot khas iaitu tayangan perdana bagi trailer "Super Iltizam" yang menjadi slogan untuk program UPSR tahun 6 2016 telah dilaksanakan disaksikan oleh para ibubapa dan waris. Jum saksikan trailer eksklusif ini. Tekan HD untuk kualiti yang lebih tinggi.




Assalamulaikum salam sejahter...jum saksikan trailer "movie" Super Iltizam yang akan berlangsung secara LIVE 1 Februari 2016 hanya di Sk Bahagia, Tawau. Inilah Superhero anda! Super Iltizam! p/s sila tekan HD untuk paparan yang lebih berkualiti. Selamat menonton....
Posted by Shamsudin Tami on Friday, 29 January 2016

Friday 29 January 2016

HARI PENYERAHAN REKOD PROFIL BAGI SESI TAHUN 2015.

Pada hari ini, satu penyerahan rekod profil iaitu keputusan pentaksiran akhir bagi tahun 2015, telah dilaksanakan di kantin sekolah. Di atas kekangan yang tidak dapat dielakkan pada tahun lalu, penyerahan rekod profil terpaksa ditunda ke tahun ini. Walau apapun Alhamdulillah dengan izin-Nya dapatlah juga rekod profil ini dilaksanakan dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang datang dan hadir bersama anak-anak untuk mengambil rekod profil. Kepada murid-murid yang berjaya meningkatkan prestasi, tahniah diucapkan dan kepada yang kurang berjaya, percayalah dengan rezeki Allah insya Allah pasti kelak akan berjaya. Kuncinya tidak putus asa dan teruskan ke hadapan. Amiin.




Monday 25 January 2016

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sk Bahagia, Tawau 2016 dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber

Pada perhimpunan minggu ini, slot khas adalah perasmian program nilam yang dilaksanakan oleh pusat sumber sekolah. Disusuli dengan gimik perasmian oleh Guru Besar Encik Ismail Banchir dan juga pelantikan pengawas pusat sumber Sk Bahagia, Tawau bagi sesi 2016.

Ucapan Guru Besar :

Gimik Perasmian : 

Gambar Pelancaran:

Pengawas Pusat Sumber 2016

Saturday 23 January 2016

SUA TEMU WARIS PRA SEKOLAH SK BAHAGIA, TAWAU 2016


Satu Majlis Sua Temu Waris Pra Sekolah 2016 turut diadakan di bilik gerakan Sk Bahagia Tawau 2016 tadi yang dipengerusikan oleu GURU Besar encik Ismail Banchir dan barisan pentadbir yang lain. Terima kasih kepada para ibu bapa yg hadir memberikan sokongan.




Friday 22 January 2016

PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI 2016

ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah yang mengizinkan program transisi selama 3 minggu telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Secara umumnya program ini khas untuk tahun 1 membiasakan diri dengan suasana persekolahan peringkat rendah yang formal iaitu peralihan daripada pra sekolah ke suasana sekolah peringkat rendah. Dirasmikan oleh Puan Maimunah selaku Ketua Unit Kurikulum PPD Tawau dan dihadiri oleh para ibubapa murid-murid tahun 1. Majlis diserikan lagi dengan persembahan kiut lagi comel daripada adik-adik cilik kita. Tahniah sekali lagi kepada AJK pelaksana transisi yang bertungkus lumus memastikan program berjalan dengan lancar dan jayanya. Alhamdulillalh

Persediaan murid2 tahun 1

Para ibubapa yang hadir.


Ajk Hadiah

MC.


Penceramah taklimat ringkas bersama ibubapa.

Ucapan alu aluan Gb Encik Ismail Banchir


Ucapan tetamu dan perasmi iaitu Puan Maimunah daripada PPD Tawau



Persembahan comel adik2 kita.


Anugerah khas




VIDEO IMBASAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Assalamualaikum, mari saksikan semula video imbasan Program Transisi tahun 1 SK Bahagia, Tawau 2016 yang telah dilaksanakan sepanjang 3 minggu. Video ini telah dipertontonkan kepada para ibubapa dan hadirin sewaktu penutupan program transisi 2016 pada jumaat lalu (22 Jan 2016). Kepada para ibubapa boleh menonton semula video tersebut. Jangan lupa tekan HD untuk paparan yang lebih baik.

Posted by Shamsudin Tami on Friday, 22 January 2016

Tuesday 5 January 2016

Hari Ke-2 Program Transisi.

Hari kedua program transisi/orientasi tahun 1 SK Bahagia, Tawau 2016 dipenuhi dengan aktiviti ceria dan gembira bersama guru-guru pelaksana. Syabas dan tahniah kepada barisan guru-guru pelaksana program Transisi kali ini. Awal pagi dimulakan dengan slot pengenalan kepada barisan pihak pentadbir dan guru-guru subjek tahun 1. Kemudian dengan pelbagai aktiviti seperti menyanyikan lagu negaraku, Sabah Tanah airku dan lagu sekolah, mewarna, menari dan sebagainya. Diakhiri dengan slot yang begitu seronok bersama unit bimbingan dan kaunseling. Adik2 pada tahun ini sangat 'supporting'! mendengar kata dan mengikut arahan. Syabas adik2 semoga menjadi murid dan pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang dan yang paling penting soleh solehah amiinnn...

Untuk melihat gambar-gambar penuh sila klik di sini

Baik adik adik tahun 1, dengar kata..

Memberikan tumpuan sepenuhnya..

GB Encik Ismail memberikan kata kata aluan

Taklimat ringkas Puan Dayang PK Kurikulum

Guru Kelas Tahun 1 Siddiq, Puan Rosina

Guru Kelas Tahun 1 Amanah, Puan Hanizah

Guru Kelas Tahun 1 Fatonah, Puan Elizabeth

Guru Kelas Tahun 1 Arif, Puan Jarinah

Cakk Kandid!

Syoknya mewarna..



Aktiviti bersama unit Bimbingan dan Kaunseling oleh Puan Kasmah Matto.



Seronok menari..

Jum Menari..

Monday 4 January 2016

Suasana Ceria Program Transisi 2016 SK Bahagia Tawau.

Jom saksikan wajah wajah si cilik yang gembira dan ceria memulakan alam persekolahan tahun 1 di Sk Bahagia. Dimeriahkan lagi dengan dua maskot yang menceriakan suasana iaitu Mickey Mouse dan Nuri..yeayy besstnyaa! Penghargaan tidak terhingga kepada Bank Rakyat yang sudi meminjamkan sut Nuri untuk memeriahkan suasana Program Transisi. Kelihatan Adik cilik ini begitu bersemangat dan tidak sabar untuk menempuh alam persekolahan...Terima kasih juga kepada para ibubapa yang memberikan sokongan dan datang untuk menemani anak-anak. Syabas kepada barisan AJK guru yang bertungkus lumus memastikan program transisi ini berjalan lancar...


Untuk melihat gambar-gambar penuh suasana perjalanan program transisi, sila klik di sini.
Untuk melihat adik-adik tahun 1 menerima cenderahati simbolik kemasukan ke Sk Bahagia, Tawau sila klik di sini.

Berbaris sedia untuk diiringi.

Mickey Mouse menceriakan suasana.

Nuri juga tidak ketinggalan!

Yeay seronoknya kawan kawan baharu!

Bersemangat!

Perarakan ke dewan.


Ceria adik adik cilik tahun 1

Ucapan dan perasmian GB Encik Ismail Banchir, SK Bahagia, Tawau.

Kandid adik tahun 1

Senyum!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...