.

.

.

.

,

,
,

Saturday 21 November 2015

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH...

Assalamualaikum, warga SK Bahagia Tawau ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid. Isilah waktu cuti dengan aktiviti dan program yang berfaedah. Jangan lupa belajar juga ya! Jumpa tahun hadapan :)


Video Penghargaan kepada Puan Kamisah Anggail, Barisan Guru Internship dan Sorotan Kejayaan dan Kecemerlangan SK Bahagia, Tawau sepanjang tahun 2015.

Tribut dan Penghargaan kepada Puan Kamisah Anggail

Patah tumbuh hilang berganti,,,namun tidak akan sama dengan permata dan bintang ini. Jum saksikan video khas didedikasikan buat Puan Kamisah Anggail yang telah berkhidmat di SK Bahagia Tawau selama 9 tahun. Thank you Mdm Kamisah for all the excellent contribution these past amazing years. Personally I would like to thank you for being a good mentor for me especially. Didoakan semoga Puan Kamisah Anggail yang akan berpindah akan terus sukses, cemerlang, gemilang dan terbilang selama-lamanya amiiin. Sila tekan HD untuk kualiti yang terbaik.

Posted by Shamsudin Tami on Friday, 20 November 2015
Penghargaan Guru-Guru Internship SK Bahagia, Tawau 2015

Penghargaan juga kepada Barisan Guru-guru internship yang telah banyak membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan setiap aktiviti dan program. Terima kasih diucapkan. p/s cikgu cikgu tag yang berkenaan ya..hehe

Posted by Shamsudin Tami on Friday, 20 November 2015
Sorotan Kejayaan dan Pencapaian SK Bahagia, Tawau sepanjang Tahun 2015

Assalamualaikum, jum saksikan sorotan pencapaian SK Bahagia, Tawau sepanjang tahun 2015. Alhamdulillah terima kasih Allah yang telah mempermudahkan warga SK Bahagia, Tawau dalam menempuhi cabaran dan halangan yang datang untuk mencapai kecemerlangan ini. Mudahan Allah memberikan rezeki kecemerlangan yang berterusan pada tahun-tahun yang akan datang. Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah amiin ya Rabbal Alaminn Amiinn. p/s: Sila tekan HD untuk kualiti yang lebih baik.

Posted by Shamsudin Tami on Friday, 20 November 2015

Friday 20 November 2015

TAHNIAH SEKALI LAGI: TERBAIK PENGURUSAN DAN BILIK LINUS. PENGHARGAAN TERBAIK UPSR 2015

Assalamualaikum, salam sejahtera, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah bersyukur sekali lagi kerana di hujung persekolahan ini, Sk Bahagia Tawau sekali lagi menerima anugerah Pengurusan LINUS dan BILIK LINUS terbaik serta anugerah penghargaan Kecemerlangan UPSR 2015 yang disampaikan oleh PPD Tawau dalam satu majlis apresiasi di Sin Hwa Tawau malam tadi. Tahniah kepada penyelaras Linus Puan Hainon dan PK Kurikulum, Puan Dayang yang menerima anugerah tersebut. Kejayaan ini adalah milik warga Sk Bahagia, Tawau. TAhniah...andalah semua terbaik!






MAJLIS MAKAN MALAM KESYUKURAN DAN JASAMU DIKENANG.

Satu majlis makan malam kesyukuran dan penghargaan telah diadakan bagi tujuan kesyukuran serta menghargai khidmat bakti semua warga SK Bahagia Tawau yang telah banyak melakarkan kecemerlangan sepanjang tahun ini. Makan malam tersebut bertempat di Hotel Promenade, Tawau. Majlis ini juga menghargai Puan Kamisah Anggail yang akan berpindah serta barisan guru-guru internship yang telah banyak bekerjasama dengan warga sekolah. Makan malam ini telah ditaja oleh Datuk Pang Yuk Ming  DUN 58 MEROTAI. ucapan terima kasih diucapkan kepada Datuk atas kesudian menaja makan malam seterusnya menghargai khidmat bakti seluruh warga SK Bahagia, Tawau.

Boleh lihat gambar gambar penuh di sini









Wednesday 18 November 2015

Sambutan Hari Jadi Mega kali ke-2 (JULAI - DISEMBER) 2015

Di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Guru Penyayang, majlis hari jadi mega telah dilaksanakan bagi kali ke-2 untuk meraikan murid-murid Sk Bahagia, Tawau yang meraikan hari jadi dari bulan Julai hinggalah Disember. Dirasmikan oleh Tuan Haji Herman Kuraga pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.


1. Untuk  melihat suasana ceria majlis klik di sini
2. Untuk melihat adik-adik yang menyambut hari jadi mengikut tahun klik di bawah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6





Tuesday 17 November 2015

TAHNIAH PENCAPAIAN CEMERLANG UPSR 2015


ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah di atas pencapaian ke-5 terbaik seluruh Sabah dalam UPSR 2015 tahun ini. Tahniah kepada semua calon-calon UPSR di atas kejayaan ini. Penghargaan dan syabas kepada pentadbir dan Warga SK Bahagia Tawau termasuklah barisan guru-guru yang telah berhempas pulas memastikan persediaan tahun 6 menghadapi peperiksaan. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan di masa hadapan. Amiin ya Rabbal Alaminn.

GURU Besar Encik Ismail Banchir mewakili Sk Bahagia, Tawau untukmenerima anugerah pencapaian UPSR terbaik (top 5) di Kota Kinabalu yang disampaikan oleh pengarah JPN Sabah, Datuk Jame Alip. Ahamdulillah Tahniah sekali lagi kepada semua warga Sk Bahagia Tawau,  calon2 UPSR dan semua ibubapa...






Saturday 14 November 2015

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 SK BAHAGIA TAWAU 2015.

Satu majlis graduasi tahun 6 Sk Bahagia, Tawau 2015 telah dilaksanakan pada hari Sabtu lalu. Majlis ini bertujuan meraikan pelajar dan murid tahun 6 sepanjang berada di SK Bahagia, Tawau. Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid tahun 6 dan semoga memperoleh kecemerlangan. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan PPD Tawau iaitu Encik Abdul Hadi dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. 

Saksikan juga video kenangan graduasi tahun 6 2015 iaitu termasuk video transisi tahun 1 2010 dan kenangan sepanjang tahun 2015.

Saksikan semula imbauan murid-murid tahun 6 SK Bahagia, Tawau 2015. Kenangan sepanjang tahun 2015 dan imbauan kenangan di tahun 1 pada tahun 2010....hehehe dulu masuk kecil2 sekarang sudah remaja..apapun salam graduasi pada murid-murid tahun 6.. teruskan kecemerlangan di masa hadapan..in sya Allah amiin. Di doakan semoga adik adik dan kita semua senantiasa mendapat rahmat dan berkat daripada Allah.... amiin ya rabbal alamin...p/s jangan lupa tekan HD untuk kualiti yang lebih baik.

Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 14 November 2015




(Boleh lihat gambar penuh perjalanan majlis dan penerima anugerah di sini)

Kedatangan Perasmi, Encik Abdul Hadi Timbalan PPD Tawau.



Ucapan Guru Besar Encik Ismail Banchir :


Ucapan Wakil Pelajar Tahun 6 Adik Arjuna:


Ucapan perasmi , Encik Abdul Hadi :


Graduan Tahun 6 2015 :


Penerima Anugerah-Anugerah Khas :


Gambar Kenangan :





Tuesday 10 November 2015

MAJLIS JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN WARGA SK BAHAGIA, TAWAU 2015


Majlis jamuan makan akhir tahun warga SK Bahagia, Tawau 2015 di Heritage Hotel. Walaupun sibuk dengan tanggungjawab sebagai pendidik, inilah antara satu satunya program warga SK Bahagia dapat berkumpul dan menjalinkan dan merapatkan sillaturrahim. Seronok dan ceria majlisnya.... Dihadiri oleh tetamu jemputan pegawai PPD Tawau Encik Abdul Hadi, Encik Abdul Majis, Encik Chok Mui Fah, YDP PIBG Encik Iriansa, yang diraikan Encik Abdul Kiram, Puan Hajah Aziah dan Puan Hjh Erna Yudin. Penghargaan kepada Unit Kebajikan SK Bahagia Tawau yang menganjurkan majlis penuh ceria ini..

Untuk gambar-gambar penuh yang lain sila klik di sini






















Monday 9 November 2015

Selamat Hari Deepavali 2015

Warga Sk Bahagia, Tawau dan Unit Buletin Sekolah ingin mengucapkan Salam Deepavali kepada rakan-rakan beragama Hindu yang menyambutnya. Raikan dengan suasana ceria dan penuh semangat satu Malaysia!


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Warga Sk Bahagia, Tawau ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid Sk Bahagia, Tawau dalam peperiksaan akhir tahun 2015. Bertawakal lah kepada Allah dan buatlah yang terbaik. Amiin.


Friday 6 November 2015

Lawatan Pemantauan Internship oleh Timbalan Rektor IPGM dan Pengarah/Pensyarah IPGM Kampus Tawau.

Lawatan pemantauan guru guru internship oleh timbalan rektor IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) dan pengarah serta pensyarah IPGM Kampus Tawau. Tahniah kepada guru guru internship yang telah banyak membantu dan melaksanakan program utama sekolah. Syabas diucapkan di atas kecemerlangan...Guru guru internship Sk Bahagia, Tawau terdiri daripada Cikgu Mohd Imran, Cikgu Nina Shakina, Cikgu Abdullah, Cikgu Abidin, Cikgu Nazri, Cikgu Hajamirda, Cikgu Noridahyu, Cikgu Roseminah dan Cikgu Nur Aisyah

Tahiah di atas kecemerlangan internship! Semoga terus sukses..Amin.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...