.

.

.

.

,

,
,

Saturday 31 October 2015

Tahniah Pencapaian Cemerlang Sk Bahagia, Tawau dalam Karnival Ict 2015

Tahniah kepada warga Sk Bahagia, Tawau yang melakarkan kecemerlangan sekali lagi dalam karnival ict daerah Tawau 2015. Teruskan kecemerlangan, amiin. Berikut merupakan pencapaian Sk Bahagia Tawau yang diperolehi:
Naib johan guru ict terbaik: Puan Suhaila Sahabuddin
Johan video korporat sekolah
Johan laman blog rasmi sekolah
Johan permainan strategik: Adik Syamsul Minggu
Johan permainan pendidikan kumpulan: Adik Siti Aisyah Bagis
Joham literasi digital:Adik Balqis Yusoff 
Tahniah kepada semua warga Sk Bahagia di atas kecemerlangan kali ini..











Saturday 24 October 2015

Kemuncak Sukan Tahunan Sk Bahagia, Tawau 2015

Dengan Izin Allah, akhirnya dapat jua sukan tahunan SK Bahagia, Tawau 2015 dilaksanakan pada 23 dan 24 Oktober 2015 dengan jayanya. Walaupun terpaksa ditunda akibat jerebu, namun semangat warga SK Bahagia Tawau tidak pernah pudar malah tetap bersemangat menjayakan acara tahunan ini. Dirasmikan oleh Guru Besar SK Bahagia, Tawau iaitu Encik Ismail Banchir dan dihadiri oleh para ibubapa yang turut memeriahkan acara menyaksikan para murid-murid beraksi dalam setiap acara. Keputusan dan johan keseluruhan sukan tahunan kali ini jatuh kepada rumah Merah, naib johan rumah Biru, ketiga rumah Kuning dan keempat rumah hijau. Tahniah kepada semua para pemenang dan yang lain pula jangan berputus asa, teruskan mara ke hadapan!

Tahniah juga kepada seluruh guru-guru yang bertungkus lumus dalam memastikan acara ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas lain namun tetap memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan program tahunan sekolah. 

Persediaan para ajk
(Boleh klik untuk lihat gambar-gambar penuh di sini )






Lintas Hormat Pertandingan Perbarisan
(Boleh klik untuk melihat gambar-gambar penuh di sini)





Para pemenang :
(Boleh klik untuk melihat gambar-gambar penuh di sini)









Friday 23 October 2015

Sukan Tahunan 2015 Sk Bahagia, Tawau : Hari Pertama.

Telah berlangsungnya acara hari pertama Sukan Tahunan Sk Bahagia, Tawau 2015. Acara pertama merangkumi acara-acara berikut :

Lompat Jauh kategori A dan B
Lompat Tinggi kategori A dan B
Lontar Peluru A dan B
Lari Berganti 50 M

Tahniah kepada semua AJK dan pengurus rumah sukan yang bertungkus lumus mengurus murid dan para atlit. Andalah semua yang terbaik. Tidak dilupakan juga ibubapa yang memberikan sepenuh sokongan.

Penyediaan dan Pengurusan rumah sukan oleh guru-guru.




Aksi Mantap  Lontar Peluru



Aksi Lompat Jauh



Lompat Tinggi



Lari Berganti-ganti 50m (Tahap 1)





Monday 19 October 2015

JEREBU : Ambil Langkah Tindakan

Baru-baru ini sekolah-sekolah diisytiharkan tutup berikutan IPU daerah Tawau yang berada di tahap yang agak serius dan tidak menyihatkan. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua warga Sk Bahagia, dan komuniti setempat untuk mengambil langkah yang terbaik dalam menghadapi situasi jerebu. Dikongsikan infotainmen berkenaan jerebu. Semoga Allah memredakan cepat masalah jerebu ini...in sya Allah amiin.


Sunday 11 October 2015

Aksi Jaringan Gol Perlawanan Team IbuBapa vs Team Guru-guru

Jum saksikan aksi menarik jaringan gol antara Team IbuBapa vs Team Guru-guru dalam permainan bola sepak sempena Hari Sukan Negara. Padat dengan aksi dan teknik permainan bola yang mengujakan. Apa tunggu lagi mainkan sahaja video itu!!




jum saksikan siaran ulangan bola sepak team guru Sk Bahagia menentang team ibu bapa///semestinya permainan yang mantap dan aksi aksi gol yang mengujakan...apa tunggu lagi jum tengok! pastikan tekan HD untuk kualiti yang lebih baik.......
Posted by Shamsudin Tami on Sunday, 11 October 2015

Saturday 10 October 2015

PROGRAM PASCAUPSR : CERAMAH MOTIVASI "KINI AKU SEORANG REMAJA"

Telah dilaksanakan juga sebuah ceramah motivasi sempena program pasca UPSR di dewan SK Bahagia, Tawau. Program ini dibawah pengendalian guru-guru internship dan guru penasihat Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu Puan Kasmah Matto. Kaunselor jemputan adalah daripada IPG Kampus Tawau iaitu Encik Jeffery Apdal dan dibantu oleh guru-guru pelatih IPG.
Tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga adik-adik memperoleh pengalaman dan ilmu yang bermanfaat sepanjang aktiviti ini berlangsung.














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...