.

.

.

.

,

,
,

Wednesday 29 April 2015

LAWATAN PSS SK BAHAGIA TAWAU KE PSS SK KINABUTAN BESAR TAWAU.

Terima kasih tidak terhingga kepada warga PSS SK Kinabutan Besar Tawau kerana sudi menerima rombongan lawatan PSS daripada SK Bahagia, Tawau. Saksikan video dokumentasi sepanjang lawatan yang dilaksanakan:


Wednesday 22 April 2015

PERASMIAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TAWAU, DI SK BAHAGIA, TAWAU.

Perasmian kem membaca 1 Malaysia yang dilaksanakan di SK Bahagia, Tawau peringkat daerah. Syabas dan tahniah kepada semua warga SK Bahagia, Tawau di atas semua kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Tahniah! Saksikan video eksklusif gambar suasana dan gimik perasmian :

Sunday 19 April 2015

Gotong Royong Keceriaan, Mengecat Kelas

Di bawah kelolaan Puan Hajah Erna selaku guru 3 K, Sk Bahagia, telah dilaksanakan gotong royong mengecat kelas di bahagian blok A dan B.  Terima kasih kepada semua pihak yang telah melibatkan diri dan memberikan kerjasama.








Monday 13 April 2015

Perhimpunan Mingguan dan Penyampaian Hadiah

Perhimpunan mingguan kali ini dilaksanakan seperti biasa. Penyampaian hadiah turut disampaikan bagi pertandingan bola jaring iaitu merangkul naib johan, nasyid MTQ peringkat Tenggara dengan mendapat tempat ketiga, serta kuiz Sains peringkat daerah yang memenangi tempat kedua. Tahniah kepada semua pemenang. Teruskan kejayaan anda!

Pemenang Naib Johan Bola Jaring


Pemenang Naib Johan Kuiz Sains


Pemenang Tempat Ketiga Nasyid MTQ 2015 zon Tenggara


Sunday 12 April 2015

TAWAU JOHAN KESELURUHAN MTQ (PERINGKAT ZON TENGGARA) , SK BAHAGIA NASYID TEMPAT KE TIGA

TAHNIAH kepada daerah Tawau merangkul Johan keseluruhan MTQ 2015 yang dilaksanakan di daerah Kunak. Syabas juga kepada kumpulan nasyid, SK Bahagia yang memperoleh tempat ke-tiga. Teruskan usaha pasti kejayaan akan dicapai! 



NAIB JOHAN PERTANDINGAN KUIZ SAINS PERINGKAT DAERAH ANJURAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tempat : SK Bombalai Tawau.
Program : PERTANDINGAN KUIZ SAINS PERINGKAT DAERAH ANJURAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Keputusan : Naib Johan -SK Bahagia, Tawau.

Tahniah diucapkan kepada wakil SK Bahagia dan guru pengiring yang memperoleh tempat kedua dalam pertandingan ini. Teruskan usaha, pasti berjaya! Amiin.








Saturday 11 April 2015

Program Soba (Sokongan Sebaya) SK Bahagia dan SK Bombalai.

Pada 11 April 2015, di bawah program khas tahun 6 dan lawata ke SK Bombalai, program SOBA ataupun Sokongan Sebaya telah dilaksanakan. Aktiviti ini menggabungkan murid-murid daripada SK Bahagia dan juga SK Bombalai.Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan di sepanjang program berlangsung.





Thursday 9 April 2015

Zon Sri Tanjung, Naib Johan Bola Jaring Peringkat Daerah Tawau.


Tahniah sekali lagi kepada pasukan SK Bahagia, SK Bandar 2 dan SK Kukusan yang mewakili Zon Sri Tanjung dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah, Tawau merangkul Naib Johan. Tahniah pada semua pemain dan juga guru-guru pengiring dan jurulatih. Semoga akan melakar kejayaan yang lebih tinggi kelak. amiin.






Monday 6 April 2015

Perhimpunan Mingguan dan Penyampaian Hadiah kepada Nilam Guru dan Murid, Johan Bola Jaring dan Johan Tenis.

Perhimpunan minggu ini diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada Nilam guru dan murid terbaik. Disusuli dengan Penyampaian hadiah kepada Johan Bola Tampar dan Johan Tenis.

Penyampaian sijil Nilam kepada guru dan murid :




Anugerah Nilam kepada guru :

Penyampaian hadiah kepada Johan Bola Jaring :



Penyampaian hadiah kepada Johan Tenis :


Saturday 4 April 2015

Johan Bawah 12 tahun Tenis!

Team SK Bahagia melakar sekali lagi kecemerlangan dengan merangkul Johan bawah 12 tahun tenis dengan adik Keagen Jonathan a/l Karunagaren. Kejayaan disusuli pula dengan naib johan adik Siti Aisyah Bagis dan adik Nurazzyati Musahini merangkul tempat ketiga. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi. Amiin












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...