Thursday, 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439 H

ADMIN dan seluruh warga Sk Bahagia Tawau mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Selamat tahun baharu dan semoga kita sentiasa bahagia, diberkati dan dirahmati dan sukses sentiasa, amin ya rabbal alamin..



Wednesday, 20 September 2017

IMBASAN DAN SOROTAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017

Jum saksikan imbasan semula semua aktiviti dan pertandingan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat SK Bahagia Tawau. Tahniahdan syabas kepada semua AJK para guru yang dedikasi dan komited melaksanakan segala program yang telah dirancang dan anak-anak murid Sk Bahagia tawau yang memberikan sepenuhnya sokongan. Semoga adik-adik semua bukan sahaja dapat berseronok malah dapat mempelajari sesuatu yang bermakna. Menang atau Kalah itu adat pertandingan apa yang penting? Pengalaman..... P/S : ada 'KEZUTAANNN' surprise di akhir video hehe dan jangan lupa tekan HD untuk kualiti lebih baik ok...salam menonton...
(Untuk melihat video, pastikan anda telah masuk ke akaun FB anda sendiri terlebih dahulu, kemudian tunggu dalam 10 ke 20 saat untuk video muncul.)



Jum saksikan imbasan semula semua aktiviti dan pertandingan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat SK Bahagia Tawau. Tahniah dan syabas kepada semua AJK para guru yang dedikasi dan komited melaksanakan segala program yang telah dirancang dan anak-anak murid Sk Bahagia tawau yang memberikan sepenuhnya sokongan. Semoga adik-adik semua bukan sahaja dapat berseronok malah dapat mempelajari sesuatu yang bermakna. Menang atau Kalah itu adat pertandingan apa yang penting? Pengalaman..... P/S : ada 'KEZUTAANNN' surprise di akhir video hehe dan jangan lupa tekan HD untuk kualiti lebih baik ok...salam menonton...
Posted by Skbahagia Tawau on Wednesday, 20 September 2017

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017 PERINGKAT SK BAHAGIA TAWAU.

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan majlis dan program kali ini berjalan dengan lancar. Syabas kepada semua warga SK Bahagia Tawau terutamanya AJK di bawah pimpinan Kelab Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Seni Warisan yang menerajui pengelolaan sambutan bulan kebangsaan daripada awal hinggalah akhir. Majlis dirasmikan oleh Penolong Kanan KOKUM Encik Samsuddin Ambo Rasida yang mewakili Tuan Guru Besar. Tidak dilupakan juga anak-anak didik yang menyokong segala aktiviti yang telah dilaksanakan. Tahniah kepada yang melakar kejayaan dalam mana-mana pertandingan, namun usah kecewa pada yang kurang berjaya. Apa yang penting erti pengalaman dan penghayatan kemerdekaan itu yang penting. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang menjayakan sambutan pada kali ini. ALHAMDULILLAH.

Untuk melihat gambar penuh yang lain sila klik di SINI.
Untuk melihat gambar penuh para pemenang pertandingan sepanjang sambutan bulan kebangsaan bolehlah lihat di sini:


(Pastikan anda masuk ke akaun FB anda sendiri terlebih dahulu untuk membolehkan anda melihat gambar-gambar tersebut.)



Barisan pentadbir yang memeriahkan suasana. 


Semangat sekali adik kita mengibarkan Jalur Gemilang. 

Antara AJK utama yang memastikan setiap program berjalan dengan lancar. 




Saturday, 16 September 2017

SELAMAT HARI MALAYSIA 2017

Admin dan seluruh Warga Sk Bahagia Tawau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2017 kepada semua komuniti SK Bahagia Tawau. Semoga negara kita sentiasa dalam perlindungan Allah SWT dan terus melakar kejayaan dan kecemerlangan. Semoga kita semua senantiasa dalam rahmat, berkat daripada Allah dan semoga kita senantiasa bahagia hendaknya. Amiin ya rabbal alamin.


Thursday, 14 September 2017

AKAN DATANG......#BersamaMenjulangKejuaraan

anda sudah bersedia ? #akandatang #BersamaMenjulangKejuaraan #SukanTahunan2017

Posted by Skbahagia Tawau on Thursday, 14 September 2017

Sunday, 10 September 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017 SUPERILTIZAM!

Semoga kecemerlangan dan kejayaan milikmu adik adik tahun 6 SuperIltizam 2017. Semoga Allah permudahkan perjalanan dan perjuanganmu. Selamat berjuang dan selamat menduduki UPSR Amin ya rabbal alamin.

Tuesday, 5 September 2017

MAJLIS POHON RESTU SUPERILTIZAM 2.0 CALON UPSR 2017

Pada hari Selasa lalu, telah diadakan sedikit Majlis Pohon Restu SuperIltizam 2.0 2017 bagi calon-calon UPSR yang akan menduduki UPSR minggu hadapan. Kepada adik-adik calon UPSR guru-guru anda telah berkorban dan telah mencurahkan segalanya untuk anda dan pastinya Ibu Bapa juga telah memberikan segalanya yang perlu dan kini, pilihan di tangan anda. InsyaAllah doa akan sentiasa mengiringi adik-adik. Buatlah yang terbaik kerana Allah, ibubapa , diri sendiri dan guru-guru mu. Didoakan semoga semua adik adik calon UPSR SK Bahagia Tawau memperoleh kecemerlangan dalam UPSR 2017. Semoga Allah mempermudahkan urusan adik-adik calon UPSR SK Bahagia Tawau dan seluruh Malaysia. Usaha dan tawakal bersungguh-sungguh kerana Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan dan kita semua amin ya rabbal alamin.

Ucapan dan motivasi ringkas daripada GB Encik Ismail Banchir. 

Ucapan dan motivasi ringkas oleh kesemua KP subjek teras UPSR SK Bahagia Tawau :





Sesi salam-salaman:





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...